dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Senam Sihat Merdeka Nadi Presint 16

30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

29 OGOS 2026 (SABTU) – Bertempat di NADI Presint 16, telah berlangsung program Senam Sihat Merdeka yang diadakan secara serentak di semua NADI 1 Malaysia. Walau bagaimanapun, memandangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap yang tinggi, pihak NADI Putrajaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan aktiviti secara indoor (dalam bangunan) demi kesihatan dan keselamatan para peserta.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta serta menikmati jamuan sarapan pagi iaitu nasi lemak yang disediakan.

Selepas itu, program diteruskan dengan acara utama iaitu pertandingan mewarna yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori Pertama (Darjah 1 hingga 3) dan Kategori Kedua (Darjah 4 hingga 6) bermula jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Sebaik sahaja pertandingan mewarna selesai, acara diteruskan dengan cabutan bertuah (lucky draw) yang dinanti-nantikan oleh para peserta. Majlis kemudiannya disusuli dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna sebelum program melabuhkan tirai dan bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.